Saturday 5 December 2009

3 Hari Bermakna Dalam Hidupku~

Assalamualaikum..

Dah hampir sminggu msuk bulan baru..da sminggu jugak aku xpost pape kat blog ni..

rindu la plak..kesibukan melanda diri skali lg n idea menulis smakin pudar..ish3

ok kali ni punye entry bbeza dgn yg sebelum ni..aku tbe2 sgt tertarik utk berkongsi bnde ni dgn korg smue..

Sebenarnye dlm hidup kita ni hanya ade 3 hari je..

1) HARI SEMALAM / KELMARIN

Kita tak mungkin boleh mengubah apa pun yang telah terjadi.

Kita tak boleh menarik kembali perkataan yg telah terucapkan.

Kita tak mungkin lagi menghapus kesalahan dan mengulangi kegembiraan yg telah kita nikmati kelmarin...

Biarkan hari kelmarin pergi dan lepaskan sahaja....

"Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai tenggelamlah seperti mataharimu.Aku tak akan menangisi pemergianmu dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu.Kamu telah meningggalkan kami semua.Pergi dan tak akan kembali lagi"

2) HARI ESOK

Hingga mentari esok hari terbit, kita tak tahu apa yang akan terjadi.

Kita tak mampu melakukan apa-apa esok hari.

Kita tak mungkin sedih atau ceria pada esok hari.

Kita tidak bisa meramal apa yang akan terjadi pada hari esok,kita xkan pernah tau apa yang akan kita ckpkan hari esok...

Esok hari yang belum tiba; biarkan sahaja...

"Wahai masa depan,engkau masih dalam keghaiban.Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan.Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu.Esok hari adalah sesuatu yang belum di ciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan.”

 
3) HARI INI
Pintu masa lalu telah tertutup..pintu masa depan pun belum terbuka. 
Pusatkan saja diri kita utk hari ini.
Kita dapat mengerjakan lebih banyak hal hari ini bila kita mampu memaafkan hari kelmarin dan melepaskan ketakutan akan esok hari.
Hiduplah hari ini.Kerana, masa lalu dan masa depan hanyalah permainan fikiran yg rumit.
Hiduplah apa adanya. Kerana yg ada hanyalah hari ini; hari yang abadi..
Perlakukan setiap orang dengan kebaikan hati dan rasa hormat, meskipun mereka berlaku buruk kpd kita.
Cintailah seseorang sepenuh hati hari ini, krn mungkin esok hari cerita sudah berganti. 
Ingatlah bahawa kita menunjukkan penghargaan pd org lain bukan krn siapa mereka tetapi krn siapakah diri kita sendiri.
Hidup pada hari ini juga tanpa kesedihan, gangguan, kemarahan, kedengkian dan kebencian atau sakit hati.
Apabila hari ini kita dapat memakan nasi yang harum baunya,
apakah kita masih berfikir tentang nasi basi yang telah kita makan kelmarin yang akan membahayakan kesihatan kita?
Mungkin korang masih berfikir tentang nasi yang korang akan makan esok hari,
padahal nasi tersebut masih ada dalam angan-angan.
Apabila pada hari ini kita dapat minum air dingin yang menyegarkan, 
maka mengapa kita harus bersedih atas air masin yang kita minum kelmarin atau menginginkan air esok yang masin dan panas?
Apabila kita berada di pagi hari,
janganlah menunggu waktu petang kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup.
Oleh kerana itu kita tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya.
Tidak juga dengan hari esok yang belum tahu datang.
Hari yang saat ini mataharinya menyinari dan siangnya menyapa,
yang membuat kita mampu memandang alam sekitar.Itulah hari kita.
Maka,manfaatkanlah hari itu sebaik-baiknya.
Ingat semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda.
Sedangkan esok adalah impian yang belum nyata.
Tetapi keputusan yang kita buat hari ini adalah penentu siapa kita dihari esok.
 
"Terimalah semua yang telah ALLAH berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur "(Al-A'raf:144)
 

No comments: