Monday 26 April 2010

M.I.M.P.I

aku sedikit keliru sekarang..
hampir setiap malam aku bermimpi..
padahal dulu aku jarang mimpi..
mungkin aku terlalu penat sampai tidur n terbawa dalam mimpi..
tapi aku slalu mimpi tentang orang yang sama..
namun kadangkala berlainan situasinya..
bila aku terjaga pasti ianya jam 3 pagi..
sebenarnya aku tak suka mimpi sewaktu tidur..
dan tadi aku bermimpi lagi..
aku mimpi dapat hadiah teddy bear yang cantik sangat2..
lepas tu aku terus naik teksi silver bird pegi airport..
sebab nak balik malaysia..
bila aku terjaga ianya hanya sebuah mimpi..
aku jadi kecewa..
sebab tu aku tak suka mimpi bila tidur..
sebab kalau mimpi mesti aku akan bangun dengan perasaan kecewa..
kalau mimpi buruk pula aku akan bangun dalam ketakutan..
tapi nak buat mcm mana lagi..
mimpi tu bukan kita boleh kawal..
dah tiba2 je waktu tidur dia datang..
sabar je la...

Friday 23 April 2010

Kata-kata tidak dapat mengungkapkan maksud sebenar perasaan...

Mungkin aku yang tidak mengerti..
mungkin aku yang tidak cuba untuk memahami..
mungkin aku yang terlalu pentingkan diri...
atau mungkin kamu yang tidak memahami..
kerana aku fikir kamu sudah cukup mengenali..
sudah cukup memahami..
tetapi aku tersilap..
kamu juga seperti orang lain..
masih tidak memahami..
aku tidak mahu menyalahkan kamu..
kerana mungkin aku juga bersalah..
barangkali sudah sampai waktu untuk aku undurkan diri..
tetapi berat hatiku untuk berbuat demikian..
kerana aku tidak pasti adakah aku akan kuat menjalani hari-hari seterusnya..
biarlah masa yang menentukan semuanya..

p/s : maaf andai entry ini membosankan dan membingungkan, sekadar meluahkan perasaan disini...pedulikan saja kalau mahu...

Wednesday 21 April 2010

Aku dan 18 April..

Assalamualaikum..

dah lama aku x post crita pasal life aku kan..

ok kali ni nak story sket pasal ape yang berlaku pada 18 April lepas..

seperti tahun lepas,aku bergembira pada tarikh tersebut..

lagi pun pada tarikh tersebut ialah birthday housemate aku yang tersayang iaitu

RAMIZAH YUSOF...

so tahun ni pun aku bergembira lagi dan masih lg celebrate birthday die..

start with a very blessful morning..

aku bangun pagi2 terdengar suara housemateku Hajar n kwnku Aliya..

dorg sibuk nk msk breakfast n aliya tumpang nk msk kat dapur umah ktorg..

2 hours later if i'm not mistaken..

dorg pun ajak aku breakfast..

muke aku sgt sememeh sbb x mandi..

tp da gosok gigi la.

aku pun trus nk mkn je..hik3 (anak2 dara yg lain sila jgn tiru saya)

sdg mkn2 mihun goreng air tangan aliya&hajar tbe2 dorg bgn g dapur..

aku ingt dorg nk masak lagi..tp rupe2nye..

tadaaa~ kluar la sebijik kek n dorg pun nyanyi2..

aku pun biase2 je la sbb tau birthday miza..

cume x sgke sbb dorg beli kek..

pstu tbe2 aku baca atas kek tu ade name aku n cik limah (housemate aku


ha ni la kek buatan BreadTalk yg bernama tiramisu..

ade name miza,cik limah n aku..


seperti tahun lepas,kami masih lg menjadi housemate..

dan antara kami bertiga aku yg paling mude ok..

sbb usia miza hny tua 2 hari dari cik limah..

dan aku muda semiggu dari cik limah..

ha korg kire la sendiri ye bile birthday aku..hik3

aku sangat2 tak sangka sbb masih dpt smbut advance birthday dgn housemate aku..

dah 2 tahun dah mcm ni..

harap2 tahun depan pun ade lagi..hik3

ok selesai story part 1 aku..

...........................................................................................................................

story part 2 aku masih di hari yang same..

memandangkan aku mendapat invitation pegi dinner dari kak aizah..

so aku pun sibuk mencari sape yg akan pergi bersama dgn aku..

tbe2 kak masliyana bgtau suruh cari lg bbrp org..

so aku pun angkut smue housemate aku..

iaitu hajar,miza n cik limah..

kitorang pergi dinner kat hotel parklane,jakarta selatan..

dinner dgn Prof. Fauzi..

aku dpt mkn semeja dgn Prof tp terpakse berpisah skjp dgn housemate aku..hu~

kami mkn dgn byknye dan mknn tu smue sedap2..
sape yg tak suke mkn free kn..hehehe
selain mkn2 ade jugak sesi berfoto..biase lah kan..he~

ni gmbar ramai2 kat sne..


aku n kak ina mse tgh ambil makanan..


ni kat meja kitorang..aku,kak ina n kak ila..

acara pun tamat pada pukul 11.30 mlm waktu jakarta..
kami smpai rumah pukul 12 mlm..
dan dengan itu berakhirlah 18 April dalam hidupku tahun ini..
sekian..=)

Thursday 15 April 2010

Bengkoknya Wanita......

The prove of why people said women are "bengkok"....really

"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."

"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"

"Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."

"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."

"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok*? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."

"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu."

"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"

"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."

"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."

"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."

"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."

"Apa maksud sebenar Hadis tu?"

"Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"

"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. "

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."

"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."

"Hmm, betul tu Naim."

"Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."

"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."

"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini... "



*Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

Friday 2 April 2010

........

i try hard 2 deny it at first..
and i try 2 cover it very well...
but now it seems like it has emerge into the surface back..
like bubble with no place 2 go..
its hurt..
really hurt me..
and now i try 2 cover it once again..
but i fail...