Monday 21 February 2011

:: Lasagna yang lazat berkrim ::

Hello there...
Happy Monday everyone.. :)
Hari ni i tinggal sorang-sorang kat rumah..
Biasalah nama pun hari isnin..paham-paham sendiri lah..
Today I make lasagna for lunch..
ececece macam omputih la pulak tengah hari makan lasagna..
actually lama dah teringin nak makan..
nak buat kat Jakarta tade oven..
bila balik umah ni i pon godek-godek la dapur mama..
jumpa macam-macam bahan
so I pon terus teruja nak buat lasagna ni..haha
i pon google sana google sini
thanks to My Resipi sebab resipi yang lazat and senang ni..
tapi i takde la tiru 100%..
i ikut kesesuaian bahan-bahan yang ada kat rumah i je okayh..
now,meh cni nak citer cara-cara dan bahan-bahan yang i guna..

Bahan-bahanya ialah :

Lasagna sheet (ape2 brand boleh,me guna tesco brand je)
daging kisar (ikut suke nak banyak mane pon)
tomato soup (1 tin)
tomato puree (2-3 sudu)
button mushroom dihiris-hiris (ikut suke juga)
bawang putih 2-3 ulas dicincang halus
bawang besar 1 biji potong dadu
mozarella cheese or cheddar cheese (ikut kesukaan,i guna cheddar sbb dah mmg ade)
mushroom soup 1 tin (i guna brand campbell)
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya ialah :

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih and bawang besar tu.
2. Bila bawang dah kuning masukkan daging kisar pulak dan goreng sampai agak masak

3. Masukkan cendawan butang dan biarkan agak masak

4. Masukkan 2-3 tomato puree dan juga tomato soup 1 tin..but kalau korang tade benda ni kat rumah,korang boleh juga guna sos spaghetti 1 tin jugak je..i think sos spaghetti lagi mudah.

5. masukkan garam dan juga gula mengikut sesedap rase ok..

6. sediakan baking dish,letakkan 1 lapisan nipis daging yg dimasak tadi

7. Lapiskan lapisan daging dengan kepingan lasagna sampai menutup semua daging

8. Lapiskan lapisan lasagna tu dengan i lapisan mushroom soup

9.Ulang semula lapisan daging dan kemudia lapisan lasagna dan juga mushroom soup. Jangan buat lapisan banyak sangat nanti dia jadi tinggi sangat. I punye 3 layer je..

10. Pastikan lapisan paling atas ialah lapisan daging ye kawan-kawan..then lapisan yg paling atas bolehlah taburkan cheese sebanyak yang uolls suka..kalau nak letak cheese every layer pon boleh..i pon letak every layer tapi layer paling atas is paling banyak..haha

11. Bakar dalam oven lebih kurang 30-40 minutes dengan suhu 180 degree celcius..kalau nak tau dah masak or belum cucuk je dengan garfu..if tak keras dah lasagna tu means dah masak ok..
selamat mencuba..


baru keluar dari oven..kekeke ^^



dah curi potong sikit nih..hehe :)



yang ni dah siap potong masuk pinggan dan sedia disantap masuk perut..
nyumnyumnyum :))

Friday 18 February 2011

:: solok lada ::


Hi dear readers..
kali ni I kat my home sweet home in Malaysia..
bestnye dapat balik rumah..
today mama buatkan solok lada sebab ade banyak cili besar-besar
so mari kita belajar buat benda ni..
sangat sedap..nanti boleh makan dengan nasi kerabu jugak..

bahan-bahannya ialah :

ikan kembung (boleh juga guna ikan lain)
bawang merah
halia
lada hitam
kelapa parut
garam
gula
cili hijau yang besar-besar
santan

cara-cara membuatnya ialah:

1. Mula-mula kita siang ikan n ambil isi ikan saje ye kawan-kawan
2. Kita tumbuk bawang,halia,lada hitam dan kelapa parut
3. Gaulkan isi ikan dan bahan-bahan yang telah ditumbuk bersama dengan sedikit garam dan juga gula untuk menambah rasa..
dan hasilnya jadi seperti gambar dibawah ni..


ni la rupa isi ikan tersebut..

4. Cuci cili hijau bersih-bersih dan belah ditengah tapi jangan putus..
buangkan bijinya sekali ye..
macam gambar kat bawah ni haa...



5. Sumbatkan isi ikan masuk dalam cili sampai padat..
macam dalam gambar ni..

6. Lepas dah siap sumbat tu,ambil sedikit santan n air secukupnya serta secubit garam untuk merebus solok tadi sampai santan dia kering ok..
macam ni haaaa...



solok yang terendam dalam santan untuk direbus..

santan dah kering pon dalam periuk ni..


dah siap rebus dan siap dimakan...hehehe


oh kalau malas nak rebus boleh jugak goreng macam ni..
ni pon sodap jugakk..hehe
ok lah kawan-kawan
selamat mencuba ye.. :)

Tuesday 15 February 2011

Bila duduk depan almari penuh baju still rasa takde baju nak pakai

tadi aku kemas2 almari aku..
aku susun2 balik baju n tudung-tudung aku
aku kire2 tudung aku ade 45helai semuanya
baju aku blom kira lagi
tapi aku dok rase cam takde tudung lah setiap hari pon..
macam susah sangat je nak matching2..
same thing goes with my baju also
gila betul
pastu dalam 2 minggu mesti ade je ulang pakai baju same
macam la takde baju sangat
padahal sebenarnye
dalam mase sebulan lebih aku boleh pakai baju berlainan setiap hari
tanpa aku ulang baju yang sama..
believe me..
tapi tak penah buat lagi lah..
hahaha
pastu setiap bulan ade je rase nak beli baju baru lah
tudung barulah..sungguh la tak patut
nak buat camne kan dah habit setiap kali bukak wardrobe
benda pertama dalam pale otak ialah:
hari ni nak pakai baju ape eh?
takde bajulah nak pakai
macam nak mintak kene lempang je kan
abes tu yang banyak-banyak dalam wardrobe tu mende pulak kan
memang lah aku rase aku patut buang habit nih..
sebab nanti lama-lama aku duduk Jakarta ni last-last aku kena sewa 2 bilik pulak
sebabnye 1 utk tidur-study-rehat
1 lagi untuk dressing room je..
hahahaha bengong gila..
okaylah
enough of this crap..
i gotta study now
still have to reseat 1 paper tomorrow
and the day after tomorrow
is HOLIDAY
and i'm going to say bye bye Jakarta for 1 week
and say Hello Penang and Kulim..
c ya
xoxo

Sunday 6 February 2011

Bahasa Gedik

You all pernah tak rasa annoying and rasa nak lempang je tengok orang guna bahasa gedik??
nak tau bahasa gedik tu macam mana?
check this out...
--
--
This guy is Anwar Hadi
He is Kedahan
He has his own Youtube Channel which is
IniAnwarHAdi
He is so hilarious i told you guys..
You should watch him on his Channel
aisehhh promote baik pulak kan i nih..
I found that what he said on his video is kinda true..
If he said it as bahasa ewww
i called it bahasa gedik
gedik kewww??
ewwww gedik kan spell like that
i pon geli nak baca you...
I sependapat lah dengan si Anwar Hadi ni..
I malas nak cerita panjang..
you all tengok je lah sendiri..haha

p/s : nak kena study lebih rajen dari semalam
p/ss : hari ni berjaya buat bubur lambuk
saje je nak sharing dengan you all
toodles xoxo..


Friday 4 February 2011

T__T

What I really want right now is..
100% focus for my study and coming exam..
try to forget uneasy thought in my mind right now..
and try to move all the uneasy feelings right now..
please please please..
saya mahu jadi budak rajen dan pandai..
saya mahu lulus exam
saya mahu tamatkan semester tiga saya dengan jayanya..
saya rindu family saya..
saya rindu Malaysia..
saya mahu balik rumah..

p/s : perut dah nyanyi lagu dondang sayang tiba2 housemateku dengan mentol bercahaya diatas kepala berkata "call McD delivery jom!" serentak semua keluar bilik and tengok brochure McD

Tuesday 1 February 2011

Hello hello February!!

hello hello february!!
Bangun pagi dengan cerianya tapi lupa nak ucap goodbye kat January. Bila dah masuk bulan february i pon jadi eksaited,rasa best je. Amende yang best tu??

1. birthday best woman in the world :my belove mama on 13th
2.going back to Malaysia in 17 days
3. dah nak abes sem 3 in two weeks time
4. dah nak dekat exam dah (ouh yg ni tak best)
5. baru prasan kat my fb,untuk bulan februari ni,hari-hari ade birthday kawan..

Actually semua tu takdelah best sangat except birthday mama n nak balik Malaysia je yang best. Tapi ape yang penting sekarang ni ialah nanti pukul sembilan pagi i ade exam skill lab denver..T_T Ape tu Skill Lab Denver?? Skill Lab is something like kita berlatih skills doctor. Macam-macam skills dia ajar,antaranya ialah cara nak wawancara patient (anamnesis), cara nak ukur antropometri orang and baby,cara empathy dengan patient, cara guna mesin ECG and macam-macam lagi lah. Bila dia dah ajar,so akan ade test lah. Selalunye time hujung-hujung blok mesti lah ade exam ni. Exam dia tak susah sangat tapi memang nervous abes la jugak sebab kadang-kadang tutor kita ajar lain sekali examiner punya cara lain. Dorang ni tak standardize pulak tu yang payah tu..haihhhh.... Okay okay berbalik kepada Denver. Denver tu test untuk mengetahui perkembangan seseorang bayi. It has four skop iaitu personal sosial,motor adaptif,bahasa and motorik kasar. So kita akan test baby ni dalam keempat-empat aspek untuk tahu sama ada tahap perkembangan dia sesuai tak dengan umur dia. So dari situ kita boleh tau dia punya DQ (development quotation). Basically test hari ini nanti my lecturer tu akan bagi i satu question, so i kenalah jawab question pasal Denver ni lah. Actually simple je, tapi dah nak buat macam mane kalau memang perangai time nak exam mesti nervous. So cuak lah jugak ni. Berpeluh-peluh nanti depan bilik exam walaupun ade air-cond kat tempat tuh..hahaha
Apa-apa pun harap korang doakan untuk i lulus ye..
toodles~
xoxo