Friday 23 April 2010

Kata-kata tidak dapat mengungkapkan maksud sebenar perasaan...

Mungkin aku yang tidak mengerti..
mungkin aku yang tidak cuba untuk memahami..
mungkin aku yang terlalu pentingkan diri...
atau mungkin kamu yang tidak memahami..
kerana aku fikir kamu sudah cukup mengenali..
sudah cukup memahami..
tetapi aku tersilap..
kamu juga seperti orang lain..
masih tidak memahami..
aku tidak mahu menyalahkan kamu..
kerana mungkin aku juga bersalah..
barangkali sudah sampai waktu untuk aku undurkan diri..
tetapi berat hatiku untuk berbuat demikian..
kerana aku tidak pasti adakah aku akan kuat menjalani hari-hari seterusnya..
biarlah masa yang menentukan semuanya..

p/s : maaf andai entry ini membosankan dan membingungkan, sekadar meluahkan perasaan disini...pedulikan saja kalau mahu...

No comments: