Tuesday 29 June 2010

Peduli Palestin..Kami Bersamamu...

Salam semua..
okeyh ni I nak promote sket pasal 1 event nih..
jom la kite pegi..
(Alma,ko msti berminat kan?) **tibe2 capub nme ko**
okey korang semua boleh baca details kat bawah ni..
oh tak lupe juga I da tayang poster yang lawa nih..


Peduli Palestin: Kami Bersamamu!

PKPMI-CJ membawakan kepada anda program "Program Peduli Palestin: Kami Bersamamu!" dengan mengundang khas sukaralewan yang terlibat dalam misi menggegar dunia tempoh hari Life Line 4 Gaza (LL4G).

Dr. Syed Muhammad Haleem yang merupakan penceramah pada program perkongsian ini merupakan:

1. Pegawai Perubatan, Klinik Hikmah, Shah Alam
2. Suami dan bapa kepada 5 anak.
3. Berpengalaman:
a. Misi kemanusiaan Acheh
b. Misi kemanusiaan Pakistan
c. Misi kemanusiaan banjir di Segamat dan Pekan
d. Misi Gempa Padang
e. Sukrelawan misi kemanusiaan Gaza-Marvi Marmara.
4. Lulusan : MBBS Turki.
5. Menganggotai NGO: Ketua Biro Kemanusiaan dan Bantuan Haluan Malaysia, AJK Kelab Kesihatan Haluan.

Bersama kita sehari berkongsi dan selamanya berdemonstrasi untuk Palestin.

Butir-butir Program
Peduli Palestin: Kami Bersamamu!
Tempat: Dewan Kedutaan Besar Malaysia Di Indonesia
Masa : 8.00 pagi
Tarikh : 3 Julai 2010 (SABTU)


Bagi menjayakan program ini, kami mengenakan sedikit bayaran bagi para hadirin iaitu sebanyak Rp 20k. Separuh daripada jumlah ini akan kami infaqkan.

Jom ramai-ramai sertai!

Jemput rakan-rakan dari seluruh Indonesia!

[Anjuran PKPMI-CJ Sesi 2010/2011 dengan kerjasama Kelab Umno
Jakarta]

No comments: